Waktu tengah scroll media sosial ke, atau tengok berita TV ke, tiba-tiba keluar perkataan 'Dasar Fiskal' dan 'Dasar Monetari'? Mesti ada yang garu kepala, "Apa benda lah ni? Hari-hari keluar, tapi tak faham pun!"
Jangan risau, korang tak berseorangan! Dua terma ni memang macam selebriti dalam dunia ekonomi. Asyik disebut-sebut, tapi tak ramai yang faham function sebenar diorang. Tapi sebenarnya, dua dasar ni lah yang banyak menentukan harga nasi lemak kita, berapa mahal rumah kita, dan berapa banyak peluang kerja yang ada. Pendek kata, ia berkait rapat dengan aktiviti harian kita!
Jom, Babas ku sayang belanja korang basic pasal dua 'superhero' ekonomi ni, supaya lepas ni korang dah tak keliru lagi!
Dasar Fiskal: Si 'Akauntan' Kerajaan
Bayangkan kerajaan kita ni macam satu keluarga besar. Macam mana kita urus duit keluarga, macam tu lah kerajaan urus duit negara. Inilah yang kita panggil Dasar Fiskal.
Apa benda ni? Dasar Fiskal ni adalah cara kerajaan menguruskan duit negara. Ia melibatkan perbelanjaan (spending) dan percukaian (taxing). Senang cerita, macam mana kerajaan kutip duit (cukai) dan macam mana kerajaan belanjakan duit tu.
Siapa yang jaga dan siapa yang lead? Dasar Fiskal ni di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri (PM) sebagai ketua kerajaan, akan memberi hala tuju utama dan visi ekonomi negara.
Menteri Kewangan adalah individu utama yang merangka, melaksana, dan memantau Dasar Fiskal. Beliau bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Negara setiap tahun, yang merupakan 'pelan kewangan' kerajaan.
Perbendaharaan Malaysia (MOF - Ministry of Finance) adalah jentera utama di bawah Menteri Kewangan. Mereka inilah yang melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal kerajaan, menguruskan kutipan hasil, perbelanjaan, hutang negara, dan memastikan semua polisi kewangan berjalan lancar. Pendek kata, MOF ni macam operations team yang handle semua kira-kira dan aliran duit kerajaan.
Alat-alat 'superpower' diorang:
Perbelanjaan Kerajaan: Contohnya, bina jalan raya baru, sekolah, hospital, bagi subsidi minyak, bantuan tunai untuk rakyat (macam BKM/STR), atau bayar gaji penjawat awam. Semua ni dirancang dalam Belanjawan.
Percukaian: Cukai pendapatan individu, cukai syarikat, Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST), cukai import, dan lain-lain. Kadar cukai ini juga ditentukan dalam Belanjawan.
Bila diorang guna alat ni (dan kenapa)?
Untuk 'panaskan' ekonomi (bila ekonomi lembap): Kerajaan akan tingkatkan perbelanjaan (projek pembangunan banyak, bagi bantuan lebih) atau kurangkan cukai. Tujuannya, nak bagi rakyat ada lebih duit untuk berbelanja, syarikat pun untung, dan ekonomi bergerak.
Untuk 'sejukkan' ekonomi (bila ekonomi terlebih panas / inflasi tinggi): Kerajaan mungkin akan kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan cukai. Ni untuk kurangkan duit dalam pasaran, harap-harapnya harga barang pun stabil balik.
Kesan pada kita rakyat marhaen?
Harga Barang: Kalau ada subsidi (minyak, gula), harga barang jadi murah sikit. Kalau cukai naik, harga barang pun mungkin naik.
Peluang Kerja: Bila kerajaan buat projek besar (infra), banyaklah kerja baru.
Duit Dalam Poket: Bantuan tunai (STR) atau pengurangan cukai memang bagi kita lebih duit untuk belanja.
Dasar Monetari: Si 'Banker' Negara
Kalau Dasar Fiskal ni kerja akauntan, Dasar Monetari pula adalah kerja 'banker' negara kita. Fokusnya lebih kepada pengurusan duit dalam sistem kewangan.
Apa benda ni? Dasar Monetari ni adalah cara Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal jumlah duit yang beredar dalam ekonomi dan juga kos untuk meminjam duit. Ia bertujuan untuk menjaga kestabilan harga (kawalan inflasi) dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
Siapa yang jaga dan siapa yang lead? Dasar Monetari ni di bawah bidang kuasa eksklusif Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor Bank Negara Malaysia adalah individu utama yang membuat keputusan dan melaksanakanDasar Monetari.
BNM ini adalah badan bebas dari pengaruh politik kerajaan. Ini penting supaya keputusan mengenai kadar faedah dan pengurusan duit dibuat berdasarkan analisis ekonomi semata-mata, tanpa campur tangan politik. Mereka bertanggungjawab memastikan kestabilan harga, menguruskan rizab antarabangsa, dan menjaga kestabilan sistem kewangan.
Alat-alat 'superpower' diorang:
Kadar Faedah (Interest Rate): Ini alat paling popular! BNM akan tetapkan Kadar Dasar Semalaman (OPR). OPR ni macam kadar rujukan untuk semua kadar faedah bank komersial.
Keperluan Rizab Berkanun: Ini teknikal sikit, tapi basically berapa banyak duit bank kena simpan di BNM.
Operasi Pasaran Terbuka: BNM beli atau jual bon kerajaan untuk tambah atau kurangkan duit dalam pasaran.
Bila diorang guna alat ni (dan kenapa)?
Untuk 'panaskan' ekonomi (bila ekonomi lembap): BNM akan turunkan OPR. Bila OPR turun, kadar faedah pinjaman bank pun turun. Jadi, pinjam duit jadi murah, orang galak nak beli rumah, kereta, syarikat pun galak nak buat pinjaman untuk expand bisnes. Duit pun banyak beredar.
Untuk 'sejukkan' ekonomi (bila inflasi tinggi / harga barang naik): BNM akan naikkan OPR. Bila OPR naik, pinjam duit jadi mahal. Orang fikir dua tiga kali nak buat pinjaman, syarikat pun kurang melabur. Duit yang beredar dalam pasaran pun berkurang, harapnya harga barang pun stabil balik.
Kesan pada kita rakyat marhaen?
Pinjaman (Rumah/Kereta/Peribadi): Kalau OPR naik, ansuran bulanan pinjaman kita (yang kadar berubah) pun mungkin naik. Kalau OPR turun, ansuran bulanan mungkin turun.
Simpanan: Bila OPR naik, faedah simpanan dalam bank pun mungkin naik, untunglah penyimpan. Kalau OPR turun, faedah simpanan pun mungkin turun.
Harga Barang: Kawalan inflasi melalui Dasar Monetari ni penting supaya harga barang tak melambung tinggi.
Kenapa Penting Kita Tahu Semua Ni?
Haa, nampak tak betapa pentingnya dua dasar ni dalam hidup kita? Bila korang faham asasnya:
Korang lebih bijak buat keputusan kewangan: Nak ambil pinjaman ke? Nak simpan duit kat mana? Bila OPR nak naik/turun, korang dah boleh jangka kesannya.
Korang faham berita ekonomi: Bila dengar pasal Belanjawan Negara, atau BNM naikkan OPR, korang dah tahu apa kesannya pada diri dan negara.
Korang jadi rakyat yang lebih peka: Boleh nilai tindakan kerajaan atau BNM, dan faham kenapa sesuatu keputusan ekonomi tu dibuat.
Jadi, lepas ni bila dengar je Dasar Fiskal atau Dasar Monetari, korang dah boleh senyum dan cakap, "Oh, yang ni The Public Economy dah cerita! Aku dah faham!"😁