Akhir-akhir ni, tak habis-habis orang dok sembang pasal Ringgit kita makin 'sado' atau 'mengukuh'. Tapi, betul ke? Macam mana dia boleh jadi kuat? Duit kita sendiri ke yang power, atau Dolar Amerika yang lembik? Ke Yen Jepun yang tengah melingkup? Jangan pening-pening! Jom kita kupas semua ni, tapi dalam gaya paling cool dan mudah faham – pakai kisah ayam goreng Pak Cik Salleh yang legenddari kampung tu. Konfem lepas ni, takde dah termangu-mangu bila dengar berita ekonomi! 😉
"Ringgit kita dah makin kuat!" atau "Duit kita dah naik nilai!"? Mesti ada yang terfikir, "Betul ke? Aku punya gaji sama je." Atau, "Apa kena mengena dengan aku ni?"

Jangan risau, kita cerita santai-santai. Nak faham macam mana Ringgit ni boleh jadi kuat, kita bayangkan Ringgit kita ni macam ayam goreng pak cik Salleh kat tepi jalan (ini watak fiksyen saja 😄!)
Analogi Ayam Goreng Pak Cik Salleh:
Bayangkan di kampung kita, ada Pak Cik Salleh yang jual ayam goreng. Ayam goreng dia ni memang legend, sedap gila, rangup di luar, juicy di dalam. Satu ketul cuma RM3.00.
Macam Mana Ayam Goreng Pak Cik Salleh Boleh Jadi 'Kuat' (Mahal dan Ramai Nak)?
1. Ramai Orang Luar Kampung Nak Beli Ayam Goreng Dia (Pelabur Asing)
➡️ Satu hari, ada rombongan dari bandar (orang luar negara) datang melawat kampung kita. Dia dengar cerita ayam goreng Pak Cik Salleh ni power sangat. Dia pun nak rasa dan nak beli banyak-banyak
➡️ Apa Jadi? Bila ramai sangat orang dari luar kampung datang dan berebut-rebut nak beli ayam goreng Pak Cik Salleh, mereka semua kena bayar pakai duit kita (RM). Permintaan melambung!
➡️ Kesan Pada Ayam Goreng (Ringgit)? Bila ramai sangat orang nak, Pak Cik Salleh pun nampak, "Eh, ramai betul yang datang ni." Jadi, dia boleh naikkan harga ayam goreng dia sikit, dari RM3.00 jadi RM3.50 seketul. Walaupun harga naik, orang tetap beli sebab sedap dan ramai nak. Ayam goreng dia dah jadi 'kuat' (bernilai tinggi)!
2. Harga Rempah Ratus Naik Mendadak (Harga Komoditi)
➡️ Pak Cik Salleh pakai rempah ratus special yang dia beli dari kebun Pak Mat. Tiba-tiba, harga rempah Pak Mat naik mendadak sebab cuaca buruk atau permintaan tinggi
➡️ Apa Jadi? Bila harga rempah ratus naik, Pak Cik Salleh pun terpaksa jual ayam goreng dia mahal sikit untuk tampung kos. Tapi, orang luar kampung tu (pelabur) tetap nak beli ayam goreng Pak Cik Salleh sebab still sedap dan still ada permintaan
➡️ Kesan Pada Ayam Goreng (Ringgit)? Duit dari pembeli luar ni tetap masuk banyak untuk beli ayam goreng Pak Cik Salleh yang dah naik harga sikit tu. Ini pun membuatkan duit kita (Ringgit) nampak lebih bernilai sebab ada barang yang berharga (komoditi) yang ramai orang nak.
3. Pak Cik Salleh Berjaya Buat Ayam Goreng Dia Jadi Lagi Laku Keras (Dasar BNM & Ekonomi Stabil)
➡️ Pak Cik Salleh ni bijak. Dia buat promosi, dia cakap, "Sesiapa simpan duit beli ayam goreng saya, nanti saya bagi free sambal!" (Ini macam BNM naikkan kadar faedah). Lepas tu, dia pastikan gerai dia bersih, kualiti ayam sentiasa sama, dan tak pernah menghampakan pelanggan. Orang pun yakin nak beli dari dia
➡️ Apa Jadi? Bila Pak Cik Salleh buat macam ni, orang dari bandar tu rasa, "Wah, Pak Cik Salleh ni memang terbaik! Ayam goreng dia pun sedap, ada offer lagi, gerai bersih. Memang patutlah dia letak harga tinggi sikit pun.
➡️ Kesan Pada Ayam Goreng (Ringgit)? Keyakinan ni buatkan orang luar lagi sanggup bayar lebih untuk ayam goreng Pak Cik Salleh. Ini bermakna, duit kita (Ringgit) pun dapat keyakinan dan jadi lebih bernilai.
4. Gerai Ayam Goreng Sebelah Tutup Kedai (Mata Wang Negara Lain Lemah)
➡️ Kat sebelah gerai Pak Cik Salleh, ada gerai ayam goreng XYZ. Ayam goreng XYZ ni biasa-biasa je. Tiba-tiba, XYZ punya gerai kena saman, dia tak boleh jual ayam goreng dah.
➡️ Apa Jadi? Semua orang yang biasa beli ayam goreng XYZ, sekarang semua lari pergi beli ayam goreng Pak Cik Salleh.
Kesan Pada Ayam Goreng (Ringgit)?
Walaupun ayam goreng Pak Cik Salleh tak buat apa-apa perubahan besar pun, tapi sebab pesaing dia dah tak ada, secara automatik ayam goreng Pak Cik Salleh nampak lagi power dan ramai orang nak. Ini macam Ringgit kita nampak kuat bila Dolar AS atau mata wang lain tengah lemah.
Jadi,
Ringgit kita jadi kuat ni macam ayam goreng Pak Cik Salleh jadi makin famous dan ramai orang sanggup bayar mahal sebab:
- Ada ramai orang luar nak beli (pelabur asing).
- Barang-barang kita jual (komoditi) makin mahal.
- Negara kita stabil dan ada strategi yang bagus (BNM & ekonomi).
- Kadang-kadang, pesaing kita tengah tak berapa nak okay (mata wang negara lain lemah).
Bila semua ni berlaku, barulah kita nampak Ringgit kita ni 'kukuh' dan boleh beli lebih banyak barang dari luar negara.
Begitulah jalan ceritanya.. 😌