```html ```
  • Selama 4 hari, kami turun ke beberapa bazar sekitar Kuala Lumpur dan Ampang. Aku tanya orang ramai soalan mudah:
    berapa mereka belanja, apa mereka rasa pasal harga makanan, dan apa sebenarnya yang boleh buat bazar jadi lebih baik.

    Tak sangka… hampir 300 orang sudi jawab.

    Daripada jawapan mereka, aku jumpa sesuatu yang menarik.

    Walaupun orang selalu cakap ekonomi susah, 88% responden kata suasana bazar tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas.
    Ramai orang masih keluar berbelanja.

    Tapi pada masa yang sama, lebih 60% orang mengadu pasal harga makanan yang makin mahal.

    Maksudnya apa?

    Orang masih datang bazar.
    Orang masih nak sokong peniaga kecil.
    Tapi poket mereka sebenarnya masih rasa tekanan kos hidup.

  • Sebahagian dari apa yang kami temui...

    88% responden merasakan aktiviti ekonomi tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu, menunjukkan tahap keyakinan pengguna yang semakin pulih.

    70% pengunjung berbelanja antara RM20 hingga RM40 setiap lawatan, menunjukkan pengguna masih aktif berbelanja walaupun dalam keadaan berhati-hati.

    Indeks Sentimen Ekonomi sebanyak 76.5, yang menunjukkan keyakinan pengguna terhadap keadaan ekonomi semasa berada pada tahap yang positif.

    62% responden menyatakan harga makanan yang tidak terkawal sebagai isu utama di bazar Ramadan menunjukkan bahawa isu harga masih menjadi kebimbangan utama rakyat rentas demografi

    32% responden menyokong idea kru pembantu atau “Bazar Runner” yang boleh membantu warga emas, ibu bapa dengan anak kecil dan OKU membeli makanan.

    23% responden mencadangkan diskaun khas bahan mentah atau baucar belian borong untuk penjaja, menjadikannya cadangan paling popular dalam kajian ini.

  • Kami ingin merakamkan setinggo-tinggi penghargaan kepada Yayasan TZA dan MAGA diatas sokongan mereka menyokong kajian bebas ini.