• THE PUBLIC ECONOMY

    Buat ilmu ekonomi jadi benda yang semua orang boleh faham.

  • Tentang Kami - Menulis untuk menerangkan, menjernihkan, dari harga Barang Sampai Belanjawan Negara.

  • Public = Orang ramai.

    Economy = Hal ehwal ekonomi.

    - > Hal ehwal ekonomi untuk orang ramai.

    Blog ni wujud untuk satu tujuan mudah:

    Buat ilmu ekonomi jadi benda yang semua orang boleh faham. Senang hadam.

    Kami tulis untuk memudahkan, bukan menyusahkan. Tak kira untuk:

    • Kita sebagai rakyat biasa
    • Mak ayah yang sibuk
    • "Fresh grad" yang "blur" pasal OPR
    • Pekerja gaji RM2k–RM5k (atau lebih)
    • Peniaga kecil, peniaga pasar malam, abang burger, abang lori, kakak Coway
    • Orang kampung, orang pencen
    • Orang bujang dan yang bekeluarga
    • Golongan B40 dan M40,, dan sesiapa saja yang selalu tanya:

    “Ni inflasi naik, apa kena-mengena dengan aku?”

    “Kenapa harga barang tak turun walaupun minyak turun?”

    “OPR naik, kenapa aku kena bayar loan lebih?”

    “Ekonomi negara bagus ke tak sebenarnya?”

    “Gaji RM3k boleh survive ke dekat KL?”

    “Apa faedah subsidi ni untuk aku?”

    "Kata FDI naik, tapi poket aku macam sama je tiap bulan"

    Blog ni ambil isu ekonomi yang rumit, misalnya — Kadar faedah Amerika Syarikat, OPR, inflasi, kos sara hidup, ringgit bergerak tak menentu, PPP, dasar kerajaan, harga barang, gaji, pelaburan, indeks bursa Malaysia, malah hutang negara pun, kami jelaskan, terangkan dan terjemahkan menjadi cerita hidup, contoh harian, dan bahasa yang semua orang boleh “relate”.

    InshaAllah, kami berikrar:

    Tak ada jargon pelik.

    Tak ada ayat akademik.

    Tak ada graf bosan.

    Tak ada “istilah pelik” yang buat orang rasa lagi “blur”.

    Kami cuba jadikan blog ini macam seorang kawan yang duduk sebelah di restoran mamak,sambil minum teh ais mangkuk bulat, dan kita skrol baca “explaination” semua benda pasal ekonomi dengan menggunakan contoh - nasi lemak, sewa rumah, gaji, tol, ayam, petrol, belanja anak sekolah, baki duit dalam bank dan situasi hidup sebenar.

    Dalam dunia yang makin kompleks, blog ni bantu orang ramai yang rasa keliru jadi lebih faham. Lebih celik ilmu ekonomi.. Bahkan mengajar kita supaya lebih bersyukur.

    Bila kita celik, faham, maka kita lebih yakin buat keputusan kewangan dan tak mudah diperdayakan atau disongsangkan dengan pelbagai teori ekonomi yang selalu disalah guna.


    Pendek kata,

    Blog ni jadikan ekonomi sesuatu yang hidup dan dekat dengan kita, senang sedap dibaca, senang difahami.

    Supaya semua orang boleh rasa:

    “Ohhh… macam tu rupanya!”